Kajian Tempatan

Membantu anda mencari maklumat yang berkaitan dengan mata Pelajaran kajian Tempatan.

Rabu, 9 November 2011

Sejarah Reka Bentuk Rumah di Malaysia


Rumah Kutai

Rumah Kutai di perak sama seperti rumah di Aceh dan Makasar, Indonesia. Menurut sejarah, orang Aceh dan Bugis pernah menetap di negeri Perak.

                                                                  
Rumah Minangkabau

Reka bentuk bumbungnya melentik seperti tanduk kerbau. Reka bentuknya sama seperti reka bentuk rumah di Sumatera, Indonesia. Menurut sejarah, orang Minangkabau telah datang menetap di Negeri Sembilan dengan membuat rumah. Mereka membuat rumah dengan mengekalkan reka bentuk rumah merekaseperti di Minangkabau.



Rumah Panjang

Rumah panjang terdapat di negeri Sarawak. Reka bentuk rumah panjang yang sebaris dan unik serta mempunyai ruang-ruang yang dihubungkan oleh jalur atau serambi yang dibahagi bersama-sama keluarga yang tinggal di situ dan diketuai oleh seorang ketua rumah panjang yang dipanggil 'Tuai Rumah'. Rumah tradisional ini, merupakan tempat tinggal bagi kebanyakkan suku kaum pribumi seperti kaum Iban, Bidayuh dan Orang Ulu di Sarawak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan